Capital A
Saturday, 22 June 2013 • 05:42 • 0 comments
Assalamualaikumm ~
Nampak tak tajuk kat atas tu . Okey Capital A adalah nama seseorang yang aku sayang . Nama sebenar dia RAHSIA .. Hihi sorry tak perlulah nak tau sape okey . Just tau yang aku dengan dia insy'Allah berkekalan . Aminnn ~
Dulu masa first time aku kenal dia , dia seorang yang nakal . Dia selalu kacau aku masa balik sekolah . Eh lupe nak cakap . Time tu kami baru darjah 5 . Time tu aku baru je pindah ke Tongkang Pechah ikut family . Then aku pun sekolah kat SKBR belah pagi dan SAB sebelah petang . Faham faham lah nama sekolah tu . Aku jumpa dia kat sekolah belah petang . Okey sambung citer tadi , setiap kali balik sekolah tak sah kalau aku orang paling last yang turun sebab dia tak akan bagi aku turun sampailah ramai budak dah balik baru dia bagi turun . Nakal kan ? Mula mula adalah jugak marah kat dia lame lame aku anggap itu biase jee .
Sampai satu hari aku kena pindah kat sekolah yang lagi dekat dengan rumah aku . (pada tahun yang sama) . Tapi masa aku nak pindah tu hanya beberapa orang je yang tau . Dia tak tau langsung . Sampailah satu hari mak aku datang kelas sebab nak bawak aku pindah hari tu jugakk . Mula mula aku anggap biase je tetiba aku nampak dia berdiri then terus pergi tandas . Aku tak tau kenapa time tu aku rasa bersalah sangat kat dia . Then bila urusan mak aku n cikgu dah selesai . Aku pun dengan berat hati terus salam cikgu and keluar dari kelas . Sampai kat tangga tetiba aku nampak dia baru nak naik tangga dan aku terkejut sebab dia MENANGIS . Sumpah time tu aku rasa macam nak nangis jugakk . Tak tau kenapa tiap kali aku jumpa dia aku happy tapi time hari tu . Aku rasa sedih yang teramattt .. Kemudian dalam beberapa hari tu aku still contact ngan dia dan tetiba tak tau bila aku pun ter'couple' nan dia . Haha nampak gatal tak aku? What ever , yang pasti time tu aku memang ....... Erm k abaikan :D
Sampailah mase Form 1 ke form 2 aku lupe . Tetiba dia mintak putus . Rasa sedih pun ade jugak tapi aku bukan jenis yang mengongkong . Then aku pun say ''ok'' tapi hati aku ? hanya Allah je yang tau . Lame lame aku pun terima yang dia dah jadi milik orang lain . Sejak tu aku macam malas nak couple lagi . Kalau nak couple pun perasaan aku tak macam mane perasaan aku kat dia dulu . Urmmm ,,
Satu hari (tahun 2013) ,, masa bulan May . Tetiba aku try chat nan dia . Tak tau kenapa tetiba aku macam tergerak hati nak tegur dia . Aku pun mulakanlah berbual . Sampailah aku tersentuh tentang awek dia . Tetiba dia diam and cakap dia dah takde ape ape hubungan lagi dengan awek dia tu . Mase dia cakap macam tu , Aku ada rasa happy , pelik pun ade jugak . Tak tau kenapa . Aku pun teruskan perbualan sampailah satu malam ni . Tetiba dia call aku suruh online tapi time tu aku kat rumah kawan mama . Sampai kol 1 lebih . Nasib baik dia sudi tunggu . Bila aku open chat . Oh Myy terkejut sangat sebab dia mintak GET BACK . Serious happy sangatt . Tak sangka pun tapi tak tau kenapa aku rasa happy sangat . And Alhamdulilah setakat ni kami happy walaupun jarang sangat kiteorang berbual . Aku memang sayang sangat kat dia . Hope sangat kami berkekalan ~
Okayh itu adalah satu cerita yang teramat amat ringkas yg aku boleh buat . Kang kalau aku tulis full penat korang baca . Dah cukup ringkas lah tu . Takpe tak nak baca pun takpe . Ini hanya luahan perasaan aku . Untuk hilangkan rasa rindu aku kat dia . Serious I MISS HIM SO MUCH <3 Aku harap takde orang ke-3 antara kami . Aminn ~
Ya Allah jika dia jodohku kau kekalkanlah hubungan kami ini sampai ke akhir ayat . Aminn ~
Disclaimer